PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Pengenalan:
Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asa
yang menentukan sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang
termaktub dalam undang-undang adat atau peraturan yang lazim dipakai.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
- · Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas pembentukan Malaysia.
- · Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946. Walau bagaimanapun, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.
- · Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
PERANAN PERLEMBAGAAN
- · Mewujudkan pemerintahan yang adil.
- · Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
- · Alat penyelesaian masalah.
- · Mengekalkan riwayat negara bangsa.
- · Menjaga kestabilan negara.
BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
terbahagi kepada dua (2) jenis :
- · Perlembagaan Bertulis.
- · Perlembagaan Tidak Bertulis.
Perlembagaan Bertulis merupakan bentuk perlembagaan
yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.
Perlembagaan Tidak Bertulis merangkumi semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya Akta
Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
- Ø UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
Perlembagaan
ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini
adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.
- Ø KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia
melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan
pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat
jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia.
- Ø PINDAAN PERLEMBAGAAN
Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982,
Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
Perkara-perkara
yang pernah dipinda.
§
Pemisahan Singapura.
§
Mengenai Gender.
§
Kekebalan Raja.
§
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau
kedudukan Raja.
§
Pengurusam bekalan air.
§
Kes rogol.
Tatacara Pindaan
Perlembagaan.
-
Pindaan Perlembagaan memerlukan persetujuan
2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ø PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
DAN NEGERI.
-Perlembagaan Persekutuan.
-Perlembagaan Negeri.
PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil
sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan
seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa
orang Melayu, agama dan bahasa.
Disediakan oleh: Nur Misya Syakilla Binti Buang
Comments
Post a Comment